Ahad, 9 Ogos 2009

Majlis Penyerahan Bantuan Bulanan

Selama : 10 Ogos 2009 : Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak akan mengadakan satu majlis penyerahan bantuan tertunggak dan bantuan bulanan (tunai) kepada fakir miskin yang telah diluluskan permohonan mereka. Menurut Pegawai Baitulmal Daerah Selama, Amirudin Osman (gambar kecil) berkata, bantuan kali ini melibatkan jumlah wang sebanyak RM53,600.00 yang akan diagihkan kepada penerima-penerima yang baru dan sedia ada. Program ini akan dilaksanakan pada 11 Ogos 2009 jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Pejabat Agama Daerah Selama. -MAIPkPress-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan